Friday 11 October 2013

straight set with additional set

salam alaik..

krik* krik* krik*

a straight set of tests, starting from week 3 of lecture. hectic life it is. Subhanallah.! tambah pula dengan 'aktiviti luar bilik darjah' yang lain. Subhanallah.! Subhanallah.!

well, at some point, i think i need to reorganize my schedule since there'll be a lot of activities coming soon in my life. aha.! aku ingat, bila dah pencen MTM, tak ada lagi dah aktiviti-aktiviti yang berkaitan. namun, hati dah terpaut, still lagi join all those stuffs. haehh... doesn't matter, kalau dah nak buat, buat jugak.. ye la.. nak jadi manusia berguna kan! :)

tomorrow will be going back to my hometown. wah..it's gonna be a refreshing one, i hope! lepas ni, tak tahu possible tak untuk balik lagi~~ prepare mental dan fizikal ouh! like i always did years back.

akhir September hari tu, ada daurah fiqh perubatan veterinar, which is really-really-really helping for us, vet students.



held by vet students, ourselves. it's an awesome programme. banyak permasalahan yang ditanyakan. yang paling famous is about samak (sertu), kasi (castrate), jamak solat waktu surgery, and halal haram haiwan yang disembelih tu.

permasalahan 'samak-menyamak' telah dikupas oleh Ustaz Sukki dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. al-maklumlah, vet students, really-really exposed to dogs and pigs (najis mughollazoh). so, having more knowledge about this is very crucial. we don't want our ibadah jadi was-was kan... :) anjing is indeed haiwan yang dikira najis. 

Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.” (Hadis Riwayat. Muslim, Abu Daud dan Ahmad).

however, anjing, khinzir, pun makhluk Allah jugak kan..so, siapa kita untuk abuse mereka kann..

well, sebab exact penggunaan tanah ketika bersuci daripada najis ini, hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu. bagaimanapun, ada la jugak saintis yang berjaya menemukan faktor-faktor tanah sebagai ajen penyuci daripada najis mughollazoh ini. probably, there's some components of miracle dalam tanah yang mampu mematikan pathogen (an agent that can cause disease) daripada kedua-dua haiwan ini.

according to him, there's a study of soil by scientist abroad, checking the soil from the graveyard, to see is there any deadly pathogens sebab tanah perkuburan may have contain bacteria, virus or any pathogenic organisms from those dead people. logically, there should be lah kan.. tapi.. Maha Suci Allah, those scientist have found none of those possible pathogenic organisms dalam soil of graveyard. so, we can conclude that, yes, soil has the ability to eradicate those pathogenic organisms from these two animals (dogs and pigs).

there's also a story he told about one of his friend. tapi, ini takde kaitan dengan kenajisan anjing dan khinzir. just wanna share. this guy adalah seorang pemandi jenazah. satu hari, dia kena mandikan jenazah yang baru dijumpai setelah sekian lama. so, emmm...haruslah baunya semerbak kan.. jadi, seperti biasa, dia pergi la buat kerja. mandikan jenazah itu. baunya, sangat-sangat-sangat kuat like no other he met before. lepas buat kerja, dia pun, balik la. si isteri kata, bau melekat kat baju. sangat-sangat melekat. 2-3 days after many-many-many wash pun, still tak hilang. nak buang, sayang. then, after those detergents and all stuffs, dia mendapat ilham, untuk menggunakan tanah! yes, he did use it and the odour was gone! so, in this case, the odour-producing pathogens were eliminated by the soil! how powerful it is. hebat kuasa Allah. :)

last Sunday pula, ada Dogathon 2013. also held by us, vet student. those dogs came for activities sangat menakjubkan. it's actually an annual event. so, this year, sebagai pelajar tahun 3 (DVM 3), we have to help each other to organize this grand event of all! it was a success since we have 1070 dogs that day. sangat memenatkan namun menggembirakan. :) ya.dogs. no need to worry, since we have our sabun Taharah and kalau ada anda yang tak yakin, tanah satu Bumi ni, anda boleh guna. hehe. overall, jangan bimbang la bila sebut tentang anjing dan khinzir. nak menyucikan pun, dah ada cara. so, if dah tersentuh,samak je la. tak payah nak menangis air mata darah sebab dah tersentuh najis paling berat. hehe. *JK

hm, mungkin, itu je kut yang aku mampu share sekarang. petang nanti, ada presentation Vet. Pharmaco pula ye. moga dipermudahkan.

wallahua'alam.

*JK = just kidding




Monday 2 September 2013

setelah itu

salam alaik..

hmm.. satu waktu, aku rasa, waktu ni sangat rushing. satu waktu, aku rasa lapang sangat. haruslah aku, sentiasa diingatkan. guna masa sebaiknya.

aku dah rasa jadi insan berguna (bagi aku la) dengan menyumbang kepada sekolah. tolong mana-mana yang patut kat sekolah lama aku tu. to be honest, i'm not into calculation-thingy. dan niat aku memang aku nak tolong in Biology sahaja. it's my passion and what I want. tup-tup, sampai sekolah, "ok, sekarang Add. Maths., boleh lah masuk kelas, dan start facilitate adik-adik, ye"

*bammm!!!*

Ouch!

Add Maths! ya. aku suka. =.=

nak buat macam mana. dah aku yang excited sangat nak join kem SPM ni, jadi facilitator, terima la. disebabkan dah provided answer scheme dan soalan, boleh laaa aku tolong-tolong. nasib baik ada batch junior yang masih mampu dan ingat Add. Maths ni, compared dengan aku. yang memang lemah semangat dengan subjek tu. huhu

the next day, Chemistry. better la drpd Add. Maths. haha. I can at least, recalled some of it. Alhamdulillah. lagipun, this one dah dapat answer scheme dan soalan awal-awal. better la. hihi.

hari seterusnya, paling aku lemah semangat. Physics! feels like..

*bammm!! bamm!!*
(dua kali langgar tiang lampu)

gelapnya dunia fizik aku. =.="

sampai-sampai je. "akak, logic gate ni, macam mana?" wow! lama tak dengar perkataan tu. LOGIC GATE. awww... "maaf dik, akak tak tahu, akak tak ingat, kejap ea, panggil cikgu."

nah. aku panggilkan cikgu. amek la dik. akak tak reti. hihi.

cikgu tu pun, bukannya aku tak kenal, cikgu aku jugak dulu. haha. lepas 3 kali aku tengok cikgu terangkan kat student yang lain-lain, baru laaa aku boleh terangkan sikit-sikit kat adik-adik kesayangan tu haa.

petang tu, terpaksa balik, got some problems, tak tercapai la niat aku untuk facilitate Biology yang aku nak sangat tu coz that subject is on the night of the next day.

nak dijadikan cerita, hari Biology tu, if ada orang nak ambil aku kat rumah pun, aku tak rasa aku mampu. sakit kepala yang amat. mungkin memerah otak refresh balik subjek-subjek 'favourite' aku dulu. aha.! tak pe la. sakit, kifarah dosa. :)

Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”.

(Hadis Riwayat Bukhari no. 5641)

sekarang, aku tengah bersiap sedia mental dan fizikal untuk gerak ke UPM nanti. nak jadi orang berguna lagi. hoho.

wallahua'lam.

Wednesday 28 August 2013

slow-mo

salam alaik.

*uhuk-uhuk*

habuk banyak ooowww!! haha. dengan entry ini, maka terhapuslah habuk-habuk sekalian... ok? hehe.
cuti semester yang melambatkan pergerakan aku. ini lah salah satu sebab aku kurang prefer duduk rumah lama-lama. hehe. mim alif lam sin. huhu. ya. aku ada mengisi masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah, namun, lagi banyak masa dihabiskan dengan menenangkan fikiran daripada segala perkara yang perlukan berfikir. ahaha. contoh, menenangkan fikiran dengan menonton tv. but still, watch something informative la. i kinda like that actually.

kalau yang berfaedah? apa yang berfaedah sangat tu? hmm..

knitting! hehe. i learned the basics from my mom and i knitted a water bottle pouch. not really nice hasilnya, aku rasa, tapi boleh laaa.. because i've done something for me. :) nak siapkan satu punya laaaa lama. haihh. mak aku buat kejap aje. huhu. malas punya pasal. astaghfirullah! tapi, sikit-sikit..lama-lama jadi bukit. hohho. dah hampir siap ni. :)

other than that, i don't think what i'm going to say is kinda berfaedah, generally. but, i guess, it's berfaedah untuk aku. hehe. teman sahabat karib menyelesaikan urusan-urusan pre-uni. berfaedah untuk aku sebab aku boleh keluar dan seperti yang disebut tadi, menenangkan fikiran daripada segala perkara yang perlukan berfikir. hihi. dalam seminggu tu, 2 ke 3 kali jugak la. ya, aku memang suka jalan-jalan. :)

masak? hoho. masak. hmm.. learning in progress.. aku actually suka buat biskut, contoh, biskut raya.. macam aku buat sebelum ni, dan quick bite like roti dimakan dengan keju dan dihiasi dengan gorengan-gorengan yang sewajarnya. ya. quick bite aku panggil. haha. gulai menggulai ni, ehe.. belum reti. :D insya Allah, by the time aku berumah tangga, (amiinnn) slow-slow la reti benda tu, ye.(amiinn) :)

aku ada muhasabah diri jugak. macam mana aku boleh malas macam selama aku cuti semester ni. (bagi aku,macam ni agak malas la) aura kat rumah kut. huhu. aku boleh cuba lagi. untuk buang tu. yeah!
sebab tu aku tak sabar nak balik UPM supaya rasa seperti hidup kembali. hahahaha.

*muka bersemangat*

ok lah, petang ni, aku nak jadi insan yang berguna. nak pergi sekolah menengah aku dulu dan berbakti di situ. menjadi fasilitator untuk adik-adik bakal SPM (katanya) hehe. moga berguna ilmu yang bakal aku turunkan.


Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan.
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita.

Wa a'uudzubika minal 'ajzi wal kasal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas.

Wa a'uudzubika minal jubni wal bukhl. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut.

Wa a'uudzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijaal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.


wallahua'lam.




Tuesday 9 July 2013

ahlan wasahlan

salam alaik. :)
final sudah, praktikal pun sudah. rumah pun dah sampai. :)

hm, sepanjang aku berpraktikal di Pusat Pembiakan Itik Paya Jaras, Sungai Buloh, banyak yang aku belajar. pengalaman pun tak terkata. dari kutip telur, sampai la pasang lantai reban itik. waa... i bet the group before us tak dapat pasang lantai reban uh. hehe. they didn't get the chance minum air kelapa fresh jugak. hikhik. tips untuk praktikal, apply la di waktu orang tak apply, so that, groupmate x ramai. hehe.

seminggu di sana, sangat memenatkan, yet, gembira. walaupun aku kena online hari-hari to keep me civilized. huhu. ye la. fon dah "ke laut". contact parents, pakai fon kawan je. takpe. itu satu ujian dan ada hikmah buat aku. lebih mengeratkan hubungan dengan kawan, mungkin. =p 

ohh...dan cuti pun bermula, Ramadhan pun hampir tiba. malam ni mulalah tarawih, excited dengan tarawih. moga semangat Ramadhan spirit up la.. jyeahh!!

yup, Ramadhan, banyak yang kita boleh lakukan. ibadah wajib tu, wajib lah kan. ibadah sunat, insya Allah, jangan dilupakan. bulan seribu bulan. masya Allah.. pahala, haruslah berganda-ganda. ;)


“Ramadhan bulan yang penuh keberkatan.  Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan di hujungnya kebebasan dari api Neraka”.

moga kita berjaya menyempurnakannya. Aminn.. :)


Antara hikmah dan faedah puasa ialah:
i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah
perhatian Allah.
ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.
iii. Allah menghendaki semua hamba-Nya memenuhi bulan tersebut dengan
amalan ketaatan dan taqarrub kepada-Nya.
iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan
memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan
keterlalulan.
v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.
haa.. info-info ni, diambil di... sini!
wallahua'alam..
Salam Ramadhan :)


Sunday 30 June 2013

sebelum yang lima

salam alaik :)

subhanallah. lama yang amat tak mengukir kata-kata kat sini. sangat sibuk. huhu. genaplah sebulan daripada post yang lama.

sepanjang sebulan ni, banyak yang berlaku. bila dah sibuk, mulalah terlintas di fikiran. lima perkara sebelum lima perkara. lapang sebelum sempit. hmm.. betapa nikmat waktu lapang itu dipersia-siakan,jika kita fikirkan semula.. :'(

Test Akhir

usai aktiviti titan kasih hari tu, hmm.. minggu berikutnya, terus fokus untuk interview pelapis kami, pengiraan buku merit dan yang paling utama, satu-satunya lab test untuk subjek terakhir, Vet. Bacteriology and Mycology. sangat hectic dalam satu minggu. lepas test tu, hmmhhh.. tidur pukul 6.30 pagi ye, kena kira merit. 200 buku untuk satu group. sangat bersemangat! huhu. itulah. lapang sebelum sempit. sebagai seorang yang memikul amanah, kita haruslah fleksible. jyeahh!! =p

Study Week

mula bulan Jun, mulalah study week, maka aku mulalah juga dengan tugas merit ituh dan tugas underground untuk lantikan mereka-mereka yang bakal menggantikan kami. awal-awal study week, aku tak kisah sangat, office panggil, tak dapat sentuh buku, dan balik lewat malam. tapi, makin ke hujung study week, ya Allah,. berat hati nak tinggal bilik dan nota yang berbukit. namun, aku harus sedar dan sabar. itu tugas aku. aku harus selesaikannya. biarlah aku tak dapat study dulu, insya Allah, niat di hati nak accomplish kerja semua tu, dapat bantu aku untuk fokus dan tenang di kemudian hari. well, itulah yang aku monolog dalam hati supaya tugas selesai dan hati pun senang. :) di akhir study week, majlis lantikan ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) untuk sesi 2013/2014 berlangsung. dan sangat sedih namun gembira. hehe. tak tahu macam mana nak describe feeling tu. then, the we went to take pictures with our whole gang la..hehe. macam pengantin dah. outdoor photos katanya, walaupun exam makin dekat.huhu. ya, haruslah menjaga hubungan sesama insan, walaupun banyak yang perlu dilakukan. 'hablul minannas.'

Exam Week

bermula exam, tanggal 10 Jun. aku ambil peluang untuk cover balik subjek-subjek yang aku belum sentuh waktu study week sewaktu'gap' yang ada. 'gap' pun sehari je. but, it's okay.. kitorang buat past year question. sebab there's possibility the same question to be asked. and. yes. there was. sometimes, the question was a head-banging one. =.= after exam, aku selalunya tak berbincang balik the q nor the a. malas ambil port dah. but still, people around me asking here and there. biarlah. huhu. last paper was on 21st June. and on the very same date jugak lah, i started my work at the pet exhibition, Mid Valley as a promoter for Avant Pet company.

Working Experience

it's a three days work. from 21st to 23rd June. ohh.. sangat enjoying. was my first time working. wedges, berpatutan. Alhamdulillah. aku sudah tahu rasanya, earning money from own effort. jadi promoter cat and dog food, bukan mudah. have to encourage myself to face people i don't know, talk to them, and convince them to buy the products. face when they comment. accept them and customers are always right. :) dalam masa yang sama, aku dapat satu company yang memang cari student untuk part time kerja booth untuk fair. just like that. aku cuak nak percaya. sebab anything can happen. right? well, ignoring that, focusing here, the director of Avant Pet, was happy with us, 4 of vet students, as their sales go well. mungkin, jika ada rezeki, dipanggil lagi. insya Allah. :)

Kem Leadtra V

23rd to 30th June. this one. is damn enjoying too! Subhanallah..betapa penantnya mengurus masa. huhu. namun, aku harus kuat. sebab ini adalah tugas aku yang terakhir sebagai ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) walaupun ketika ini sudah bergelar mantan MTM. Alhamdulillah, usai kerja di Mid Valley, terus aku laksanakan tanggungjawab di kolej pula. jyeahh!! ^^  program ni jugalah membawa aku ke first experience being in the battlefiel of paintball! went to Bangi. syok yang amat!! first timer memang macam tu. huhu. walaupun lebam sana sini akibat ditembak..i'm hoping to do it again! :)

well,lepas bertungkus lumus di kolej, happiness is brought to Cherating!! pantai yang cantik? of course! muka sorang-sorang burn. haha. including me. dah la specky. like, seriously, burn yang ada shape. haha. sabar je la. walaupun pedih muka kerana terbakar, especially hidung.huhu.. dan. pengorbanan yang paling ideal (ideal ke??) ialah..mandi laut bersama fon! jyeahh!! huhu. sedih kerana jasanya tak terkata. namun, harusla ia berehat buat selamanya.

and now, getting ready to go to, Paya Jaras. practical time!! huhu. yes, every semester break, we'll be having this. yes. vet students of UPM. this is us. :) moga terisi dengan ilmu yang berguna. :)

itulah sahaja coretan kali ini. kegembiraan sepanjang bulan 6 memang tak terkata. kesibukan yang menyebabkan kita berfikir, punyakah lagi aku waktu untuk berehat? itulah waktu sempit.

lapang sebelum sempit. waktu lapang yang ada, haruslah diisi sewajarnya. bila dah sempit, janganlah menyesali kekurangan waktu yang ada. aku belajar. Alhamdulillah.

wallahua'alam.

Sunday 26 May 2013

sebutir kasih sejuta sayang



salam alaik.. hari ni, menapak sehari suntuk di Rumah Sri Kenangan Cheras, Kajang. :) wakil pelajar Kolej Tujuh Belas, Universiti Putra Malaysia organised a charity event. Titian Kasih : Sebutir Kasih Sejuta Sayang, namanya. :) event tu involved dalam 50 students je. but it was AWESOME! with the presence of makcik2 and pakcik2 serta atuk2 n nenek2 yang AWESOME! \^.^/




kerenah diorang sangat comel. ada makcik petite yang ikat rambut tocang sebelah, siap pakai lipstik lagi ha. sangat nice and cute. suara pon comellll.. eeeeeeeee ><

pagi tu, they served us with their muzik terapi. creative enough for their capabilty. ada yang tengah buat kraf tangan, untuk projek Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk dipasarkan. ada sorang pengajar kat situ, ajar muzik dan kraf tangan. so that penghuni rumah tu tak sunyi mahupun makan tidur sahaja. boleh lah exercise tangan sikit. kan. :)

erp.. tapi yang paling shocking truth..ialah a scene di mana dua orang makcik gaduh. huhu. sebab?? JEALOUSY.. hikhik. yang sorang tuduh sorang tu peluk pakwe dia.. omomomo.. padahal tak punn.. cinta 'remaja' sangatt.. =p

macam-macam kerenah. ada yang mengadu makanan tak sedap la. tak boleh tidur la. hmm.. apa-apa pun,betul atau tak, rasa kasihan muncul.. sedih jugak tengok diorang.

sebenarnya, banyak sebab anak-anak hantar parents ke rumah kebajikan macam tu. mungkin tak sempat nak jaga, but every weekend diorang datang tengok. :) anyhow, a thought to ponder, seorang mak mampu menjaga ramai anak, moga anak-anak tu, mampu menjaga seorang mak, mahupun seorang ayah.


refleksi diri juga.  << klik


"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." [Surah Luqman ayat: 14]

"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : 'Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil." 
[Surah al-Isra' ayat : 24]

wallahua'lam.

Thursday 23 May 2013

jangan bagi tumpah!

salam alaik.. ya Allah, lama nya tak update. banyak nak share.sangat banyak. memandangkan komiten menarik aku, (dan aku tak pandai bahagi masa) terpaksa lah melepaskan dahulu cik blog ni. huhu.
dan sekarang, masanya untuk berkongsi ilmu! :)

ada satu kisah aku terbaca, tentang, "jangan bagi tumpah!" hehe.

ada seorang lelaki, pergi bertemu seorang sheikh dan menyatakan permasalahan dia; mata meliar je waktu pergi pasar. dia sangat susah hati dan mohon pertolongan sheikh tadi untuk cover masalah-problem dia tu. so, sheikh tadi bagi dia segelas air, full to brim, mintak dia deliver to some place that must cross the pasar. tapi syaratnye, WITHOUT spilling the water. walaupun sikit. untuk confirmation, sheikh tadi mintak student dia untuk follow dan pukul dia,severely, if in any case, the water spill even a bit.

well, finally, he succeed to deliver the water without spilling it. the sheikh asked him how many faces did he see at the market. dengan excitednye, he said that he didn't even notice anything happened around him. since he was really fearful of being beating severely.

sheikh tadi pun tersenyum :) dan berkata, samalah dengan orang-orang yang beriman. they fear that Allah may disgrace them in front of the entire creation on the Day of Judgment if their faith were to spill over from their hearts. mereka ini, berusaha menyelamatkan diri daripada dosa, sebab takutkan Hari Pembalasan.

Anyhow, anda punya konklusi anda sendiri. ;) 

bila kita fikir balik, Ya Allah, betapa kerapnya kita melakukan dosa dan tak fokus pada Hari Pembalasan. 

moga kisah ini menjadi teladan untuk kita :)

wallahua'lam






Saturday 4 May 2013

yang tua dan yang muda

assalamualaikum. salam sejahtera ;)

dah lama tak post rasanya. seminggu tu, busy dengan test. risau nak online lama-lama. kalau dah lama, memang lama betul lah. hihi

just wanna share a joke. mungkin ada yang dah dengar or baca. this one was told by my lecturer; a Veterinary Physiology lecturer, when he saw our 'hyperglycemic expression'. it's 10 am and we had our minum pagi just before his class. so what do you expect? huhu. (Malaysians, everytime is makan time, kan.hehe) btw, he can joke really well.so, i'm sorry if my sharing is not funny enough. my bad.~~ huhu.

once upon a time... 

a lawyer (tak tahu kenapa lawyer -.-) and an old man were on a plane for a time-consuming flight to somewhere-not-important-to-mention..(hehe) . they sat next to each other, and greeted each other well. biasa la.budi bahasa budaya kita. :3 after some time, the old man was tired and start to doze off. on the other hand, the lawyer who thought that the old man is dumb, asked if he wanna play a game. however, this old man was not really interested and decline politely.. -.- 

but the lawyer insisted and said that the game is really interesting. 'interesting kut celah mana, tak tahu la' lawyer tu buat tawaran. kalau dia tanya soalan dan pak cik tu tak boleh jawab, pak cik tu kena bagi RM5. but. if he himself cannot answer that old man's question, he will give the old man RM500. very well lah bagi pak cik tu. layankan aje.. -.-

so, the lawyer starts to ask him a question, "what's the distance between the Earth and the Moon?" the old man didn't say a word and just reached his pocket to give the lawyer a RM5 cash. 

and now, it's the old man's turn. he asked,"what goes up a hill with three legs, and comes down with four?" the lawyer used up all his gadgets to search for the answer. he emailed all smart friends that he knew. after an hour searching, he gave up and woke the old man up to hand in RM500, cash. the old man, took it and went back to sleep. 

but the lawyer was going insane for not knowing the answer. he woke the old man up and asked, "so,what goes up a hill with three legs, and comes down with four?" without saying a word, the old man handed him RM 5 and went back to sleep.

. . .

"not bad this old man..o.0 " hehe

conclusion before start lecture physio, yang aku dapat.. 

FIRMAN ALLAH SWT :

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.( Surah Al-Israa'. Ayat 037 )

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim)

klik sini

*search surah yang berkaitan
moga kita dijauhi sifat sombong.. ya allah.. astaghfirullahal a'dzim.. 

wallahua'lam



Thursday 25 April 2013

the rhyme of the truth

salam alaik. today, I would like to share a video of Boonaa Mohammed. he's a Muslim Canadian and a writer.
this video was uploaded to the public since 2010. well,i bumped into it just now. and i feel like sharing it here.

I've extracted quite much from this vid. please do watch. :)

Search : Boonaa Mohammed - Signs


Let me take a moment to show some kindness, 
To the folks who blindness was a disease that effected the eyes alone, 
I promise I won't judge you, I barely know how to love you 
And like fools we preach rules, but we don't even follow our own.

Everybody needs comfort,
Some people find it in this; some people find it in that
And some people just don't find it at all.

But this world is full of signs
From the moon to the stars in the sky
From the bees and the bugs, like a seed in your blood
Like a feen to a drug, makes you need to look up
And questions what's up, why you deal with this stuff?
When your spirits are crushed and you trek through the rough
But like thunder it struck, said "Be" and it was

All the signs that were sent, they finally make sense
You feel the torment, so you need to repent
When your heart is cement, it's hard as a brick
Cause your soul is worth more than the dollars and cents,
All the money in the world couldn't buy you happiness
Cause "verily, it is in the remembrance of Allah, that hearts do find rest"

And do not get it confused,
I'm not a scholar or a preacher
I'm just a regular dude, who makes mistakes too
But we are reflections true,
So I cant talk about me without talking about you

And who knew?
We would end up in a place so confused
Where little boys wanna be like little girls and little girls just wanna be abused
Where the terrorize the truth, mentally arrest the youth
Even though there is no law but Allahs' and momma didn't raise no fool.

And who knew?
That expecting the world to treat you fairy because you think you're a good person,
Would be a little like expecting a bull not to attack you because you're a vegetarian,
You can't begin to learn what you think you already know
In mans own ignorance we forgot that women once watched us grow
And before that you were a tiny ball of flesh without any bones
And before that you were just unknown, and now look behold
You have the arrogance to assume that you just made it on your own?
But what were you but a chewed piece of clot, before the grew
And who knew you would trace you ancestry back to a zoo?
You must have really come from apes with your monkey point of views
Even the devil believes in God, so what does that make you?

And it's true
Sometimes I feel like Noah preaching to a packed empty room
Nobody wanna listen until we start rolling out two by two
I'm a big fan of Abraham; never break-up from Jacob
Joseph had the kind of beauty that you couldn't find in makeup
Moses was to Pharaoh what stones are to arrows
And David to Goliath was truth is to silence
Following, Solomon I'd get down too
Contrary to popular belief, Jesus is my homeboy too.
So peace be upon the whole crew who came to teach what we never knew
Even though few caught the groove, the never turned blue
Never confused what was true even if it was a taboo
Never came for fame or praise but to praise who the prayed too

And who knew?
That an unlettered man from the middle of the desert,
Would change the whole world from darkness into heaven
You may have every title, every big shot degree
But you still can't explain: Alif-Lam-Meem

And who knew?
There would be so many views and way to explain
That he's closer to you than your jugular vein
So if you complain that God must be cruel
Can you give Allah, all that he gives to you?
From the breath that you breath, to the trees that you feed
From the eyes that you see, to the sea that you eat
If I cut you, you bleed, than you heal magically
Were the illest machines, manufactured for means.
The concepts extreme but this world is a dream,
It's not what it seems filled with lies and deceit
The truth is serene so wake up smell the deen
Praises be to He, His Oneness, Supreme
Totally unique, in no need of sleep
Not like you or me, his greatness complete
No partners, no mates, no father, no sons
No discount 3 in 1, just Allah Azwa Jal
Even the birds sing his name,
The Lord of all the worlds
Glory be to He and to Allah is our return
-Boona Mohammed-


Wallaua'alam

Monday 22 April 2013

di mana?

assalamualaikum. :)
alhamdulillah diberi kudrat dan kesempatan untuk berkongsi ilmu, insya Allah. *walaupun ptg nanti ada test dan nota masih belum fully digest.hehe.* ahh.. dah buat nota sehelai, terus rasa selesa, huh. ><



baiklah, 20 april, attended a talk..informative and hopefully memberi efek dalam hidup aku kerana, aku ada merasakannya. sobs*
bicara pada malam itu dimulakan oleh saudara moderator yang mana membuatkan aku ingin kongsikan di sini. ohh. satu penceritaan yang kukira sangat sepadan dengan tajuk pada malam tu. :)

di manakah Allah di hati kita???

kejayaan, yang kita capai, kekuatan yang kita ada, kita berterima kasih kepada..?? ALLAH..ya, itulah sepatut-patutnya. bukan untuk dinafikan, ibu bapa dan keluarga, rakan-rakan, juga ada menyumbang. namun, kita harus ingat, bahawa tanpaNya, ibu bapa dan keluarga, rakan-rakan juga tak mungkin mampu membantu kita. ya Allah, betapa lupanya kita padaNya.

Subhanallah, cuba kita ingat kembali..ketika lahirnya seorang bayi, tangannya tergenggam. menggenggam janji bahawa ingin taat dan patuh pada Allah dan rasulNya. sewaktu di alam roh. kita telah berjanji pada Allah. di saat itu, hanya "aku dan Dia". maka, berjanjilah si roh yang bakal ditiupkan itu...

setelah ditiup ke alam rahim, bayi dalam kandungan itu diberi perhatian, dibelai dari dunia luar rahim dengan kemanjaan.. di situ, sudah bermula pengaruh daripada luar. kita mula lupa..di manakah Allah.

lahirnya seorang bayi ke alam dunia, menangis, merengek, kelaparan. syukur padaNya, kita dikurniakan insan bernama ibu yang mempunyai naluri keibuan. faham akan permintaan daripada seorang bayi, lalu, disusunya. kenyang. alhamdulillah.. syukur padaNya. namun, dengan kasih sayang daripada manusia sekeliling membuatkan kita makin lupa pada janji kepada Allah. kita sudah mula lupa..di manakah Allah.

membesar, mula aktif dan bermain-main. jatuh, calar balar, Allah sayangi kita, Dia wujudkan proses di dalam tubuh yang menyembuhkan luka itu dengan kuping yang kita hina. *masih ku ingat ayatnya.haha. ..err..ok. seterusnya,hm, kita mungkin lupa bahawasanya, Allah telah dan sedang menjaga kita. kita lupa. di mana Allah.

namun, di saat kita kembali ingat padaNya, Dia menerima taubat kita. ya Allah, Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang nya Engkau.

credits here :)

Maksudnya : Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(An-Nisaa' , 2:106)



aku lupa, namun Engkau masih ingat.
aku lalai, namun Engkau masih sayang.
aku jauh, tapi Engkau tetap dekat.

betapa kita harus muhasabah diri..
ya, untuk istiqamah, bukanlah senang. namun, tidaklah juga susah.
insya Allah.. :)

moga pesanan ini melekat ketat-ketat dalam hati ini jua..

wallahu'alam.

Friday 19 April 2013

journey to jannah

salam alaik. agak lama kosong daripada perkongsian,ye. huhu. hari ni, nak share pasal satu majlis ilmu yang aku hadiri semalam. it's actually a program sempena Minggu Integrasi dan Kesedaran Islam II.ceramah itu adalah sangat interesting. tambah-tambah pulak, penceramahnya...best. ;)



tajuknya, journey to jannah. he emphasized on hubungan sesama manusia. Islam itu agama persaudaraan, agama kasih sayang. bahkan, Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda,

credits here :)

Ertinya :- “Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] 


untuk kebaikan tersebar ke seluruh alam, kita tidak seharusnya menyimpan dendam kesumat kerana, from that anger, one will develop hatred and last skali buat jahat.. :( hmm.. mudah kan?

ada satu kisah seorang sahabat nabi curious, apabila baginda berkata bahawa, ada seorang lelaki yang sedang berjalan itu, dikatakan kedengaran tapak kaki beliau sedang berjalan di dalam syurga. sahabat bagnda hairan, bagaimana seorang biasa seperti itu, mampu berjalan di dalam syurga sedangkan, ketika beliau bertamu ke rumah sahabat tersebut, beliau lihat sahabat itu seperti manusia biasa yang biasa-biasa sahaja ibadahnya. haa..di situ, sahabat baginda menyuarakan curiosity dia tu.. sahabat yang dikatakan ahli syurga itu pun, berkata bahawa, beliau sebenarnya membersihkan hati daripada segala dendam dan marah sebelum tidur. we can conclude that, no hatred, no bad influences. :) so, journey to jannah, will be smooth.. insya Allah... :)

wallahua'lam :)



Friday 12 April 2013

budi bahasa


Salam alaik.. =)  hai.. dua hari lps, aku sampai Serdang. hohho~ a short midsem break it was. Fine, then. My story today..is about budi bahasa. Really obvious. =)

Well, masa sampai KTM Putra on that day, I saw a girl about my age, standing and she was like kejap-kejap bongkok-bongkok, kejap-kejap tegak. Seems like lenguh berdiri, waiting for the train. I was at the opposite platform. Stalking from far. Haha. However, there was a bench beside her. On the bench, seated two men (pakciks). But still, there’s enough space for her to sit. After seeing her like that, the nearest man told her to seat. I saw that. How nice he is. Budi bahasa. But, somehow, the girl refused. Malu kut naa.. well, duduk ke tak, dia dah dipelawa. It’s good to do it that way, pak cik. Hehe. Sape suruh tak nak duduk. =p

There’s another story in the train. As I went in, I saw something precious. A seat! Hehe. Since there’s no other needy, I just sit there while my brother stand next to me. There’s another empty seat next to me which suddenly seated by two girls. It’s okay, since there’s no other needy except us, with begs. Well, arriving at.. somewhere-I-forgot, there’s rush in of people.. and there’s an akak, seems tired enough to stand. Like.. (-.-) pun boleh jadi muka dia.. huhu. Then, there’s a sitting guy, suddenly stood up and allow her to sit. Awww, Alhamdulillah…baik hati.. the girls next to me, squeezed together, to give another akak nearby them, a seat. Oh.oh.oh.. sangat manis.. =)

Alhamdulillah.. masih ada rakyat Malaysia yang berjiwa murni. Tak rugi berbuat baik kepada orang lain. Disedekahkan senyuman lagi.haa…
Permudahkanlah dan janganlah susahkan. =) insya Allah, Allah akan bantu kita semula di saat kita perlukan..

credits here :)


Hadith 56 - Yassiru wala tu-'assiruu wayubasy-syiru wala tunaffiru (Rawahu Al-Bukhari wa Muslim)


Makna Hadith - "Senangkanlah (permudahkanlah) dan jangan susahkan dan berilah khabar gembira dan jangan berikan khabar buruk (buatkan orang lari daripadamu)."


Wallahua’lam.

Tuesday 9 April 2013

think before you throw

salam alaik ya sohibi... ^^

i actually have something, definitely something to share here earlier this morning. but somehow, it flew away~~ shiuu~~ haha. well i guess, have to find another topic, rite?

i suddenly think of this topic which can be applied to any cases. in most cases, we will surely heard this for recycle campaign, rite? well, it do applies to other things too..similar things for throwing like action and precisely, WORDSSSS~~

yes. words, peeps. we do throw words, rite? like now, we 'shout it out' in virtual world, where people do read instead of shout it out, literally. when we have ideas or stories to throw, we should think about it first. ensure the source, the originality (i would say). for fake, untrue stories..avoid it peeps. huh. if we talk rubbish, sama lah macam kita baling kata-kata tu dalam tong sampah kitar semula tu haa.. nak baling diri sekali pun bolehh.. huhu.

well, bila kita nak menyampaikan sesuatu, tambah-tambah pulak kalau sesuatu itu, berkaitan dengan sesetengah pihak, we have to really really ensure it. we have no rights to say anything untrue about others. ohh.sangat menyedihkan when some people were paid to say something untrue. (ughh, that's another story)

kalau ilmu belum cukup di dada, usahlah kita dengan yakinnya membidas mereka yang kita tahu, ilmunya banyak. hehe. however, i don't say that, kalau kita tak cukup ilmu, we can't say a word. it's just that.. THINK BEFORE YOU THROW.. see that? ^^

ok, here's another view. i have heard a story that.. there's someone, dia tak convince to preach (berdakwah) because his knowledge in Islam is not wide enough..(for himself) sebab bagi dia, ustaz-ustaz je yang boleh berdakwah, layak berdakwah.. ehe. tak betul tu. so, this another someone pun cakap..kalau sekarang pun dia tak berdakwah atau share ilmu yang dia ada tu, sampai bila nak tunggu ilmu dia cukup baru nak berdakwah? sesungguhnya ilmu manusia hanyalah seperti jari yang dicelup ke dalam lautan. sebanyak mana air yang tinggal pada jari, sebanyak itulah ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah. guna sahaja ilmu itu. TAPI, haruslah ilmu yang BETUL dan cara yang BERHIKMAH. (think before you 'throw')

tak salah untuk berkata-kata. eventhough ilmu di dada tak banyak mana. syaratnya, katakanlah yang benar sahaja. kerana..

kerana..


kerana pulut, santan binasa,
kerana mulut, badan binasa...
hohoii~

ok lah, all i wanna say is.. think first. ;)



kempen kitar semula pulak kite ye hari ni.. =p

wassalam..

Monday 8 April 2013

cuti midsem

salam alaik

cuti midsem. ahh~ cuti.. sangat enak didengar. namun, biasa bagi mahasiswa untuk punya assignment mahupun research di kala cuti sebegeni. hohoii~

aku? assignment sudah pasti. kerja di luar bidang juga sedang menunggu. yang pasti, jangan gabra dahulu. nak gabra, tunggu last minute. hehe.

alhamdulillah, cuti ini, aku manfaatkan dengan melawat makmal bakteriologi DVS. bersyukur punyai ayah yang bekerja di situ. i can learn more even though its holidayyeayy. huhu. aku harus bersungguh kerana ujian 1 sebelum ini, amat memedihkan. ini adalah peluang untuk aku berusaha. ya, aku berdoa agar dikurniakan kejayaan dunia dan akhirat..namun, usaha itu penting :)

"tanda doa itu termakbul adalah, apabila seseorang itu berusaha ke arahnya"

sedikit perkongsian klik sini

"naik cuti nanti, cite kat kawan-kawan, yea, ape yang kau blaja masa cuti.." pesan kat diri sendiri >.<

kita takkan mampu untuk mengubah percaturan yang Allah telah tetapkan.contoh, markah rendah ke, lecturer panggil ke, (ouch!) fail ke, ape ke.. it's all written. we just have to keep on praying and ask for His mercy which is undivided. :) berdoa itu perlu, berusaha juga perlu. ayuh, kita berusaha !!

thanks for reading. :)


Sunday 7 April 2013

faaatih

salam alaik pembuka bicara. hamba bukanlah warga asing di dunia blog ini. namun, harus diakui, hamba masih bertatih dek kemalasan untuk update blog usang hamba.. hehe. lalu kali ini, hamba ingin cuba bersungguh-sungguh dalam penulisan ini kerana :


  • niat di hati ingin berkongsi perjalanan hidup seorang muslimah pelajar kedoktoran haiwan
  • ingin berkongsi ilmu di dada
  • ingin menukilkan perjalanan hidup memandangkan diri ini, agak malas untuk menulis. =p
  • ingin mendekati Dia dan kekasihNya, insya Allah..

aku, mahasiswa di tanah air. aku, pelajar tahun kedua. punya masa senggang yang tidak banyak. namun tidak sedikit. 'berjalan atas batu' lumrah manusia. ia berliku, namun terkadang ia membantu.

aku punya jalan cerita aku sendiri. aku punya gayaku tersendiri. tak usah tersentap mahupun terasa andaiku tersasul. kerana setiap nukilanku, aku akhiri ampun dan maaf. :)

syukran jazilan, readers.. :)