Monday 2 September 2013

setelah itu

salam alaik..

hmm.. satu waktu, aku rasa, waktu ni sangat rushing. satu waktu, aku rasa lapang sangat. haruslah aku, sentiasa diingatkan. guna masa sebaiknya.

aku dah rasa jadi insan berguna (bagi aku la) dengan menyumbang kepada sekolah. tolong mana-mana yang patut kat sekolah lama aku tu. to be honest, i'm not into calculation-thingy. dan niat aku memang aku nak tolong in Biology sahaja. it's my passion and what I want. tup-tup, sampai sekolah, "ok, sekarang Add. Maths., boleh lah masuk kelas, dan start facilitate adik-adik, ye"

*bammm!!!*

Ouch!

Add Maths! ya. aku suka. =.=

nak buat macam mana. dah aku yang excited sangat nak join kem SPM ni, jadi facilitator, terima la. disebabkan dah provided answer scheme dan soalan, boleh laaa aku tolong-tolong. nasib baik ada batch junior yang masih mampu dan ingat Add. Maths ni, compared dengan aku. yang memang lemah semangat dengan subjek tu. huhu

the next day, Chemistry. better la drpd Add. Maths. haha. I can at least, recalled some of it. Alhamdulillah. lagipun, this one dah dapat answer scheme dan soalan awal-awal. better la. hihi.

hari seterusnya, paling aku lemah semangat. Physics! feels like..

*bammm!! bamm!!*
(dua kali langgar tiang lampu)

gelapnya dunia fizik aku. =.="

sampai-sampai je. "akak, logic gate ni, macam mana?" wow! lama tak dengar perkataan tu. LOGIC GATE. awww... "maaf dik, akak tak tahu, akak tak ingat, kejap ea, panggil cikgu."

nah. aku panggilkan cikgu. amek la dik. akak tak reti. hihi.

cikgu tu pun, bukannya aku tak kenal, cikgu aku jugak dulu. haha. lepas 3 kali aku tengok cikgu terangkan kat student yang lain-lain, baru laaa aku boleh terangkan sikit-sikit kat adik-adik kesayangan tu haa.

petang tu, terpaksa balik, got some problems, tak tercapai la niat aku untuk facilitate Biology yang aku nak sangat tu coz that subject is on the night of the next day.

nak dijadikan cerita, hari Biology tu, if ada orang nak ambil aku kat rumah pun, aku tak rasa aku mampu. sakit kepala yang amat. mungkin memerah otak refresh balik subjek-subjek 'favourite' aku dulu. aha.! tak pe la. sakit, kifarah dosa. :)

Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”.

(Hadis Riwayat Bukhari no. 5641)

sekarang, aku tengah bersiap sedia mental dan fizikal untuk gerak ke UPM nanti. nak jadi orang berguna lagi. hoho.

wallahua'lam.