Sunday 30 June 2013

sebelum yang lima

salam alaik :)

subhanallah. lama yang amat tak mengukir kata-kata kat sini. sangat sibuk. huhu. genaplah sebulan daripada post yang lama.

sepanjang sebulan ni, banyak yang berlaku. bila dah sibuk, mulalah terlintas di fikiran. lima perkara sebelum lima perkara. lapang sebelum sempit. hmm.. betapa nikmat waktu lapang itu dipersia-siakan,jika kita fikirkan semula.. :'(

Test Akhir

usai aktiviti titan kasih hari tu, hmm.. minggu berikutnya, terus fokus untuk interview pelapis kami, pengiraan buku merit dan yang paling utama, satu-satunya lab test untuk subjek terakhir, Vet. Bacteriology and Mycology. sangat hectic dalam satu minggu. lepas test tu, hmmhhh.. tidur pukul 6.30 pagi ye, kena kira merit. 200 buku untuk satu group. sangat bersemangat! huhu. itulah. lapang sebelum sempit. sebagai seorang yang memikul amanah, kita haruslah fleksible. jyeahh!! =p

Study Week

mula bulan Jun, mulalah study week, maka aku mulalah juga dengan tugas merit ituh dan tugas underground untuk lantikan mereka-mereka yang bakal menggantikan kami. awal-awal study week, aku tak kisah sangat, office panggil, tak dapat sentuh buku, dan balik lewat malam. tapi, makin ke hujung study week, ya Allah,. berat hati nak tinggal bilik dan nota yang berbukit. namun, aku harus sedar dan sabar. itu tugas aku. aku harus selesaikannya. biarlah aku tak dapat study dulu, insya Allah, niat di hati nak accomplish kerja semua tu, dapat bantu aku untuk fokus dan tenang di kemudian hari. well, itulah yang aku monolog dalam hati supaya tugas selesai dan hati pun senang. :) di akhir study week, majlis lantikan ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) untuk sesi 2013/2014 berlangsung. dan sangat sedih namun gembira. hehe. tak tahu macam mana nak describe feeling tu. then, the we went to take pictures with our whole gang la..hehe. macam pengantin dah. outdoor photos katanya, walaupun exam makin dekat.huhu. ya, haruslah menjaga hubungan sesama insan, walaupun banyak yang perlu dilakukan. 'hablul minannas.'

Exam Week

bermula exam, tanggal 10 Jun. aku ambil peluang untuk cover balik subjek-subjek yang aku belum sentuh waktu study week sewaktu'gap' yang ada. 'gap' pun sehari je. but, it's okay.. kitorang buat past year question. sebab there's possibility the same question to be asked. and. yes. there was. sometimes, the question was a head-banging one. =.= after exam, aku selalunya tak berbincang balik the q nor the a. malas ambil port dah. but still, people around me asking here and there. biarlah. huhu. last paper was on 21st June. and on the very same date jugak lah, i started my work at the pet exhibition, Mid Valley as a promoter for Avant Pet company.

Working Experience

it's a three days work. from 21st to 23rd June. ohh.. sangat enjoying. was my first time working. wedges, berpatutan. Alhamdulillah. aku sudah tahu rasanya, earning money from own effort. jadi promoter cat and dog food, bukan mudah. have to encourage myself to face people i don't know, talk to them, and convince them to buy the products. face when they comment. accept them and customers are always right. :) dalam masa yang sama, aku dapat satu company yang memang cari student untuk part time kerja booth untuk fair. just like that. aku cuak nak percaya. sebab anything can happen. right? well, ignoring that, focusing here, the director of Avant Pet, was happy with us, 4 of vet students, as their sales go well. mungkin, jika ada rezeki, dipanggil lagi. insya Allah. :)

Kem Leadtra V

23rd to 30th June. this one. is damn enjoying too! Subhanallah..betapa penantnya mengurus masa. huhu. namun, aku harus kuat. sebab ini adalah tugas aku yang terakhir sebagai ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) walaupun ketika ini sudah bergelar mantan MTM. Alhamdulillah, usai kerja di Mid Valley, terus aku laksanakan tanggungjawab di kolej pula. jyeahh!! ^^  program ni jugalah membawa aku ke first experience being in the battlefiel of paintball! went to Bangi. syok yang amat!! first timer memang macam tu. huhu. walaupun lebam sana sini akibat ditembak..i'm hoping to do it again! :)

well,lepas bertungkus lumus di kolej, happiness is brought to Cherating!! pantai yang cantik? of course! muka sorang-sorang burn. haha. including me. dah la specky. like, seriously, burn yang ada shape. haha. sabar je la. walaupun pedih muka kerana terbakar, especially hidung.huhu.. dan. pengorbanan yang paling ideal (ideal ke??) ialah..mandi laut bersama fon! jyeahh!! huhu. sedih kerana jasanya tak terkata. namun, harusla ia berehat buat selamanya.

and now, getting ready to go to, Paya Jaras. practical time!! huhu. yes, every semester break, we'll be having this. yes. vet students of UPM. this is us. :) moga terisi dengan ilmu yang berguna. :)

itulah sahaja coretan kali ini. kegembiraan sepanjang bulan 6 memang tak terkata. kesibukan yang menyebabkan kita berfikir, punyakah lagi aku waktu untuk berehat? itulah waktu sempit.

lapang sebelum sempit. waktu lapang yang ada, haruslah diisi sewajarnya. bila dah sempit, janganlah menyesali kekurangan waktu yang ada. aku belajar. Alhamdulillah.

wallahua'alam.