Sunday, 26 May 2013

sebutir kasih sejuta sayang



salam alaik.. hari ni, menapak sehari suntuk di Rumah Sri Kenangan Cheras, Kajang. :) wakil pelajar Kolej Tujuh Belas, Universiti Putra Malaysia organised a charity event. Titian Kasih : Sebutir Kasih Sejuta Sayang, namanya. :) event tu involved dalam 50 students je. but it was AWESOME! with the presence of makcik2 and pakcik2 serta atuk2 n nenek2 yang AWESOME! \^.^/




kerenah diorang sangat comel. ada makcik petite yang ikat rambut tocang sebelah, siap pakai lipstik lagi ha. sangat nice and cute. suara pon comellll.. eeeeeeeee ><

pagi tu, they served us with their muzik terapi. creative enough for their capabilty. ada yang tengah buat kraf tangan, untuk projek Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk dipasarkan. ada sorang pengajar kat situ, ajar muzik dan kraf tangan. so that penghuni rumah tu tak sunyi mahupun makan tidur sahaja. boleh lah exercise tangan sikit. kan. :)

erp.. tapi yang paling shocking truth..ialah a scene di mana dua orang makcik gaduh. huhu. sebab?? JEALOUSY.. hikhik. yang sorang tuduh sorang tu peluk pakwe dia.. omomomo.. padahal tak punn.. cinta 'remaja' sangatt.. =p

macam-macam kerenah. ada yang mengadu makanan tak sedap la. tak boleh tidur la. hmm.. apa-apa pun,betul atau tak, rasa kasihan muncul.. sedih jugak tengok diorang.

sebenarnya, banyak sebab anak-anak hantar parents ke rumah kebajikan macam tu. mungkin tak sempat nak jaga, but every weekend diorang datang tengok. :) anyhow, a thought to ponder, seorang mak mampu menjaga ramai anak, moga anak-anak tu, mampu menjaga seorang mak, mahupun seorang ayah.


refleksi diri juga.  << klik


"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." [Surah Luqman ayat: 14]

"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : 'Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil." 
[Surah al-Isra' ayat : 24]

wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment