assalamualaikum. :)
alhamdulillah diberi kudrat dan kesempatan untuk berkongsi ilmu, insya Allah. *walaupun ptg nanti ada test dan nota masih belum fully digest.hehe.* ahh.. dah buat nota sehelai, terus rasa selesa, huh. ><
baiklah, 20 april, attended a talk..informative and hopefully memberi efek dalam hidup aku kerana, aku ada merasakannya. sobs*
bicara pada malam itu dimulakan oleh saudara moderator yang mana membuatkan aku ingin kongsikan di sini. ohh. satu penceritaan yang kukira sangat sepadan dengan tajuk pada malam tu. :)
di manakah Allah di hati kita???
kejayaan, yang kita capai, kekuatan yang kita ada, kita berterima kasih kepada..?? ALLAH..ya, itulah sepatut-patutnya. bukan untuk dinafikan, ibu bapa dan keluarga, rakan-rakan, juga ada menyumbang. namun, kita harus ingat, bahawa tanpaNya, ibu bapa dan keluarga, rakan-rakan juga tak mungkin mampu membantu kita. ya Allah, betapa lupanya kita padaNya.
Subhanallah, cuba kita ingat kembali..ketika lahirnya seorang bayi, tangannya tergenggam. menggenggam janji bahawa ingin taat dan patuh pada Allah dan rasulNya. sewaktu di alam roh. kita telah berjanji pada Allah. di saat itu, hanya "aku dan Dia". maka, berjanjilah si roh yang bakal ditiupkan itu...
setelah ditiup ke alam rahim, bayi dalam kandungan itu diberi perhatian, dibelai dari dunia luar rahim dengan kemanjaan.. di situ, sudah bermula pengaruh daripada luar. kita mula lupa..di manakah Allah.
lahirnya seorang bayi ke alam dunia, menangis, merengek, kelaparan. syukur padaNya, kita dikurniakan insan bernama ibu yang mempunyai naluri keibuan. faham akan permintaan daripada seorang bayi, lalu, disusunya. kenyang. alhamdulillah.. syukur padaNya. namun, dengan kasih sayang daripada manusia sekeliling membuatkan kita makin lupa pada janji kepada Allah. kita sudah mula lupa..di manakah Allah.
membesar, mula aktif dan bermain-main. jatuh, calar balar, Allah sayangi kita, Dia wujudkan proses di dalam tubuh yang menyembuhkan luka itu dengan kuping yang kita hina. *masih ku ingat ayatnya.haha. ..err..ok. seterusnya,hm, kita mungkin lupa bahawasanya, Allah telah dan sedang menjaga kita. kita lupa. di mana Allah.
namun, di saat kita kembali ingat padaNya, Dia menerima taubat kita. ya Allah, Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang nya Engkau.
credits here :) |
Maksudnya : Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(An-Nisaa' , 2:106)
|
aku lupa, namun Engkau masih ingat.
aku lalai, namun Engkau masih sayang.
aku jauh, tapi Engkau tetap dekat.
betapa kita harus muhasabah diri..
ya, untuk istiqamah, bukanlah senang. namun, tidaklah juga susah.
insya Allah.. :)
moga pesanan ini melekat ketat-ketat dalam hati ini jua..
wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment