Sunday, 2 February 2014

Less than 6 hours to go

Belgium.

Subhanallah. Berdebar. Aku tak pernah merantau sebegini jauh. Serious aku berdebar.

Exchange program.

Hope i can deliver my thoughts and opinion dgn lancar. Hope this program will give me something. ^^

Musafir.

Pertama kali jadi musafir di negara-negara (insya Allah) orang. Tambahan pula di negara yang aku kurang pasti peratusan muslimnya (sebab tak search). Ya Allah, moga segala urusan kebaikan dipermudahkan.


Abu Hurairah r.a meriwayatkan:
Seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”
(Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)

Amiin..

Wallahua'lam

posted from Bloggeroid

Sunday, 26 January 2014

5 down, 5 more to go

Salam alaik.. Dah habis satu sem yang hectic. Aku tak mampu nak gagahkan diri untuk update sepanjang sem lepas sebab test memang berderet dari week 3 sampai week 14. Aku rasa itu cool (haha) dan nak share. Tapi, ye lah.. Aku tak kuat untuk itu. Mungkin aku tak biasa..insya Allah, aku cuba update untuk waktu seterusnya.

Antara perkara terhebat sepanjang sem lepas adalah, aku dapat anak buah kedua on 17th Nov. 2013!a baby boy.~ Nik Muhammad Adam Naufal. Next, alhamdulillah, i will go for vet. student exchange to Belgium for 2 weeks! Alhamdulillah! It's called IVSA Student Exchange. First time for me, going abroad and with friends.

Well now, cuti semester. 5 minggu. As usual, a vet student, cuti is like not a cuti. We have to go for practicals. Dan kali ni..dah 3rd year, total weeks for practical adalah 8 minggu. So, cuti kali ni, aku buat 3 minggu poultry practical. Baki 2 minggu cuti is for Belgium :) balik dari Belgium, bukak sem baru!! Subhanallah.. Clinical year.. Segala ilmu dipertaruhkan..

Practicals.. Ladang ayam di Negeri Sembilan, FFM Farms Sdn. Bhd. Sangat memenatkan. Tapi..seriously banyak belajar. Alhamdulillah. Blood sampling, fecal swab, vaccination. Dan baru aku tahu, kenapa ayam mahal. Haha. :3

In the mid of practicals, bercuti pun ada.. Teluk Kemang. Subhanallah. Cantik.!



We stayed for sunset view. Kemudian, cepat2 balik. Haha.

Dan sekarang, lepak di Melaka pula. Got friends practical here. So, why not lepak here. Eratkan silaturahim.. ;) bukannya jauh pun.. :) dan petang ni, going for coconut shake Klebang.

Lagi 3 hari practical and preparing myself for Belgium. Ya Allah, nak pergi tempat orang. Secara tak langsung, jadi duta kecil upm, duta kecil org Malaysia dan duta kecil Islam. Subhanallah. Moga aku kuat.

“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk
rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula”
(al-Mulk, 67 :15)

Maka, haruslah, aku memanfaatkan segalanya di sana! Ya Allah. Tiba-tiba nervous. Haha.

Wallahua'lam

posted from Bloggeroid

Friday, 11 October 2013

straight set with additional set

salam alaik..

krik* krik* krik*

a straight set of tests, starting from week 3 of lecture. hectic life it is. Subhanallah.! tambah pula dengan 'aktiviti luar bilik darjah' yang lain. Subhanallah.! Subhanallah.!

well, at some point, i think i need to reorganize my schedule since there'll be a lot of activities coming soon in my life. aha.! aku ingat, bila dah pencen MTM, tak ada lagi dah aktiviti-aktiviti yang berkaitan. namun, hati dah terpaut, still lagi join all those stuffs. haehh... doesn't matter, kalau dah nak buat, buat jugak.. ye la.. nak jadi manusia berguna kan! :)

tomorrow will be going back to my hometown. wah..it's gonna be a refreshing one, i hope! lepas ni, tak tahu possible tak untuk balik lagi~~ prepare mental dan fizikal ouh! like i always did years back.

akhir September hari tu, ada daurah fiqh perubatan veterinar, which is really-really-really helping for us, vet students.



held by vet students, ourselves. it's an awesome programme. banyak permasalahan yang ditanyakan. yang paling famous is about samak (sertu), kasi (castrate), jamak solat waktu surgery, and halal haram haiwan yang disembelih tu.

permasalahan 'samak-menyamak' telah dikupas oleh Ustaz Sukki dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. al-maklumlah, vet students, really-really exposed to dogs and pigs (najis mughollazoh). so, having more knowledge about this is very crucial. we don't want our ibadah jadi was-was kan... :) anjing is indeed haiwan yang dikira najis. 

Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.” (Hadis Riwayat. Muslim, Abu Daud dan Ahmad).

however, anjing, khinzir, pun makhluk Allah jugak kan..so, siapa kita untuk abuse mereka kann..

well, sebab exact penggunaan tanah ketika bersuci daripada najis ini, hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu. bagaimanapun, ada la jugak saintis yang berjaya menemukan faktor-faktor tanah sebagai ajen penyuci daripada najis mughollazoh ini. probably, there's some components of miracle dalam tanah yang mampu mematikan pathogen (an agent that can cause disease) daripada kedua-dua haiwan ini.

according to him, there's a study of soil by scientist abroad, checking the soil from the graveyard, to see is there any deadly pathogens sebab tanah perkuburan may have contain bacteria, virus or any pathogenic organisms from those dead people. logically, there should be lah kan.. tapi.. Maha Suci Allah, those scientist have found none of those possible pathogenic organisms dalam soil of graveyard. so, we can conclude that, yes, soil has the ability to eradicate those pathogenic organisms from these two animals (dogs and pigs).

there's also a story he told about one of his friend. tapi, ini takde kaitan dengan kenajisan anjing dan khinzir. just wanna share. this guy adalah seorang pemandi jenazah. satu hari, dia kena mandikan jenazah yang baru dijumpai setelah sekian lama. so, emmm...haruslah baunya semerbak kan.. jadi, seperti biasa, dia pergi la buat kerja. mandikan jenazah itu. baunya, sangat-sangat-sangat kuat like no other he met before. lepas buat kerja, dia pun, balik la. si isteri kata, bau melekat kat baju. sangat-sangat melekat. 2-3 days after many-many-many wash pun, still tak hilang. nak buang, sayang. then, after those detergents and all stuffs, dia mendapat ilham, untuk menggunakan tanah! yes, he did use it and the odour was gone! so, in this case, the odour-producing pathogens were eliminated by the soil! how powerful it is. hebat kuasa Allah. :)

last Sunday pula, ada Dogathon 2013. also held by us, vet student. those dogs came for activities sangat menakjubkan. it's actually an annual event. so, this year, sebagai pelajar tahun 3 (DVM 3), we have to help each other to organize this grand event of all! it was a success since we have 1070 dogs that day. sangat memenatkan namun menggembirakan. :) ya.dogs. no need to worry, since we have our sabun Taharah and kalau ada anda yang tak yakin, tanah satu Bumi ni, anda boleh guna. hehe. overall, jangan bimbang la bila sebut tentang anjing dan khinzir. nak menyucikan pun, dah ada cara. so, if dah tersentuh,samak je la. tak payah nak menangis air mata darah sebab dah tersentuh najis paling berat. hehe. *JK

hm, mungkin, itu je kut yang aku mampu share sekarang. petang nanti, ada presentation Vet. Pharmaco pula ye. moga dipermudahkan.

wallahua'alam.

*JK = just kidding




Monday, 2 September 2013

setelah itu

salam alaik..

hmm.. satu waktu, aku rasa, waktu ni sangat rushing. satu waktu, aku rasa lapang sangat. haruslah aku, sentiasa diingatkan. guna masa sebaiknya.

aku dah rasa jadi insan berguna (bagi aku la) dengan menyumbang kepada sekolah. tolong mana-mana yang patut kat sekolah lama aku tu. to be honest, i'm not into calculation-thingy. dan niat aku memang aku nak tolong in Biology sahaja. it's my passion and what I want. tup-tup, sampai sekolah, "ok, sekarang Add. Maths., boleh lah masuk kelas, dan start facilitate adik-adik, ye"

*bammm!!!*

Ouch!

Add Maths! ya. aku suka. =.=

nak buat macam mana. dah aku yang excited sangat nak join kem SPM ni, jadi facilitator, terima la. disebabkan dah provided answer scheme dan soalan, boleh laaa aku tolong-tolong. nasib baik ada batch junior yang masih mampu dan ingat Add. Maths ni, compared dengan aku. yang memang lemah semangat dengan subjek tu. huhu

the next day, Chemistry. better la drpd Add. Maths. haha. I can at least, recalled some of it. Alhamdulillah. lagipun, this one dah dapat answer scheme dan soalan awal-awal. better la. hihi.

hari seterusnya, paling aku lemah semangat. Physics! feels like..

*bammm!! bamm!!*
(dua kali langgar tiang lampu)

gelapnya dunia fizik aku. =.="

sampai-sampai je. "akak, logic gate ni, macam mana?" wow! lama tak dengar perkataan tu. LOGIC GATE. awww... "maaf dik, akak tak tahu, akak tak ingat, kejap ea, panggil cikgu."

nah. aku panggilkan cikgu. amek la dik. akak tak reti. hihi.

cikgu tu pun, bukannya aku tak kenal, cikgu aku jugak dulu. haha. lepas 3 kali aku tengok cikgu terangkan kat student yang lain-lain, baru laaa aku boleh terangkan sikit-sikit kat adik-adik kesayangan tu haa.

petang tu, terpaksa balik, got some problems, tak tercapai la niat aku untuk facilitate Biology yang aku nak sangat tu coz that subject is on the night of the next day.

nak dijadikan cerita, hari Biology tu, if ada orang nak ambil aku kat rumah pun, aku tak rasa aku mampu. sakit kepala yang amat. mungkin memerah otak refresh balik subjek-subjek 'favourite' aku dulu. aha.! tak pe la. sakit, kifarah dosa. :)

Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”.

(Hadis Riwayat Bukhari no. 5641)

sekarang, aku tengah bersiap sedia mental dan fizikal untuk gerak ke UPM nanti. nak jadi orang berguna lagi. hoho.

wallahua'lam.

Wednesday, 28 August 2013

slow-mo

salam alaik.

*uhuk-uhuk*

habuk banyak ooowww!! haha. dengan entry ini, maka terhapuslah habuk-habuk sekalian... ok? hehe.
cuti semester yang melambatkan pergerakan aku. ini lah salah satu sebab aku kurang prefer duduk rumah lama-lama. hehe. mim alif lam sin. huhu. ya. aku ada mengisi masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah, namun, lagi banyak masa dihabiskan dengan menenangkan fikiran daripada segala perkara yang perlukan berfikir. ahaha. contoh, menenangkan fikiran dengan menonton tv. but still, watch something informative la. i kinda like that actually.

kalau yang berfaedah? apa yang berfaedah sangat tu? hmm..

knitting! hehe. i learned the basics from my mom and i knitted a water bottle pouch. not really nice hasilnya, aku rasa, tapi boleh laaa.. because i've done something for me. :) nak siapkan satu punya laaaa lama. haihh. mak aku buat kejap aje. huhu. malas punya pasal. astaghfirullah! tapi, sikit-sikit..lama-lama jadi bukit. hohho. dah hampir siap ni. :)

other than that, i don't think what i'm going to say is kinda berfaedah, generally. but, i guess, it's berfaedah untuk aku. hehe. teman sahabat karib menyelesaikan urusan-urusan pre-uni. berfaedah untuk aku sebab aku boleh keluar dan seperti yang disebut tadi, menenangkan fikiran daripada segala perkara yang perlukan berfikir. hihi. dalam seminggu tu, 2 ke 3 kali jugak la. ya, aku memang suka jalan-jalan. :)

masak? hoho. masak. hmm.. learning in progress.. aku actually suka buat biskut, contoh, biskut raya.. macam aku buat sebelum ni, dan quick bite like roti dimakan dengan keju dan dihiasi dengan gorengan-gorengan yang sewajarnya. ya. quick bite aku panggil. haha. gulai menggulai ni, ehe.. belum reti. :D insya Allah, by the time aku berumah tangga, (amiinnn) slow-slow la reti benda tu, ye.(amiinn) :)

aku ada muhasabah diri jugak. macam mana aku boleh malas macam selama aku cuti semester ni. (bagi aku,macam ni agak malas la) aura kat rumah kut. huhu. aku boleh cuba lagi. untuk buang tu. yeah!
sebab tu aku tak sabar nak balik UPM supaya rasa seperti hidup kembali. hahahaha.

*muka bersemangat*

ok lah, petang ni, aku nak jadi insan yang berguna. nak pergi sekolah menengah aku dulu dan berbakti di situ. menjadi fasilitator untuk adik-adik bakal SPM (katanya) hehe. moga berguna ilmu yang bakal aku turunkan.


Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan.
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita.

Wa a'uudzubika minal 'ajzi wal kasal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas.

Wa a'uudzubika minal jubni wal bukhl. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut.

Wa a'uudzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijaal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.


wallahua'lam.




Tuesday, 9 July 2013

ahlan wasahlan

salam alaik. :)
final sudah, praktikal pun sudah. rumah pun dah sampai. :)

hm, sepanjang aku berpraktikal di Pusat Pembiakan Itik Paya Jaras, Sungai Buloh, banyak yang aku belajar. pengalaman pun tak terkata. dari kutip telur, sampai la pasang lantai reban itik. waa... i bet the group before us tak dapat pasang lantai reban uh. hehe. they didn't get the chance minum air kelapa fresh jugak. hikhik. tips untuk praktikal, apply la di waktu orang tak apply, so that, groupmate x ramai. hehe.

seminggu di sana, sangat memenatkan, yet, gembira. walaupun aku kena online hari-hari to keep me civilized. huhu. ye la. fon dah "ke laut". contact parents, pakai fon kawan je. takpe. itu satu ujian dan ada hikmah buat aku. lebih mengeratkan hubungan dengan kawan, mungkin. =p 

ohh...dan cuti pun bermula, Ramadhan pun hampir tiba. malam ni mulalah tarawih, excited dengan tarawih. moga semangat Ramadhan spirit up la.. jyeahh!!

yup, Ramadhan, banyak yang kita boleh lakukan. ibadah wajib tu, wajib lah kan. ibadah sunat, insya Allah, jangan dilupakan. bulan seribu bulan. masya Allah.. pahala, haruslah berganda-ganda. ;)


“Ramadhan bulan yang penuh keberkatan.  Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan di hujungnya kebebasan dari api Neraka”.

moga kita berjaya menyempurnakannya. Aminn.. :)


Antara hikmah dan faedah puasa ialah:
i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah
perhatian Allah.
ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.
iii. Allah menghendaki semua hamba-Nya memenuhi bulan tersebut dengan
amalan ketaatan dan taqarrub kepada-Nya.
iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan
memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan
keterlalulan.
v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.
haa.. info-info ni, diambil di... sini!
wallahua'alam..
Salam Ramadhan :)


Sunday, 30 June 2013

sebelum yang lima

salam alaik :)

subhanallah. lama yang amat tak mengukir kata-kata kat sini. sangat sibuk. huhu. genaplah sebulan daripada post yang lama.

sepanjang sebulan ni, banyak yang berlaku. bila dah sibuk, mulalah terlintas di fikiran. lima perkara sebelum lima perkara. lapang sebelum sempit. hmm.. betapa nikmat waktu lapang itu dipersia-siakan,jika kita fikirkan semula.. :'(

Test Akhir

usai aktiviti titan kasih hari tu, hmm.. minggu berikutnya, terus fokus untuk interview pelapis kami, pengiraan buku merit dan yang paling utama, satu-satunya lab test untuk subjek terakhir, Vet. Bacteriology and Mycology. sangat hectic dalam satu minggu. lepas test tu, hmmhhh.. tidur pukul 6.30 pagi ye, kena kira merit. 200 buku untuk satu group. sangat bersemangat! huhu. itulah. lapang sebelum sempit. sebagai seorang yang memikul amanah, kita haruslah fleksible. jyeahh!! =p

Study Week

mula bulan Jun, mulalah study week, maka aku mulalah juga dengan tugas merit ituh dan tugas underground untuk lantikan mereka-mereka yang bakal menggantikan kami. awal-awal study week, aku tak kisah sangat, office panggil, tak dapat sentuh buku, dan balik lewat malam. tapi, makin ke hujung study week, ya Allah,. berat hati nak tinggal bilik dan nota yang berbukit. namun, aku harus sedar dan sabar. itu tugas aku. aku harus selesaikannya. biarlah aku tak dapat study dulu, insya Allah, niat di hati nak accomplish kerja semua tu, dapat bantu aku untuk fokus dan tenang di kemudian hari. well, itulah yang aku monolog dalam hati supaya tugas selesai dan hati pun senang. :) di akhir study week, majlis lantikan ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) untuk sesi 2013/2014 berlangsung. dan sangat sedih namun gembira. hehe. tak tahu macam mana nak describe feeling tu. then, the we went to take pictures with our whole gang la..hehe. macam pengantin dah. outdoor photos katanya, walaupun exam makin dekat.huhu. ya, haruslah menjaga hubungan sesama insan, walaupun banyak yang perlu dilakukan. 'hablul minannas.'

Exam Week

bermula exam, tanggal 10 Jun. aku ambil peluang untuk cover balik subjek-subjek yang aku belum sentuh waktu study week sewaktu'gap' yang ada. 'gap' pun sehari je. but, it's okay.. kitorang buat past year question. sebab there's possibility the same question to be asked. and. yes. there was. sometimes, the question was a head-banging one. =.= after exam, aku selalunya tak berbincang balik the q nor the a. malas ambil port dah. but still, people around me asking here and there. biarlah. huhu. last paper was on 21st June. and on the very same date jugak lah, i started my work at the pet exhibition, Mid Valley as a promoter for Avant Pet company.

Working Experience

it's a three days work. from 21st to 23rd June. ohh.. sangat enjoying. was my first time working. wedges, berpatutan. Alhamdulillah. aku sudah tahu rasanya, earning money from own effort. jadi promoter cat and dog food, bukan mudah. have to encourage myself to face people i don't know, talk to them, and convince them to buy the products. face when they comment. accept them and customers are always right. :) dalam masa yang sama, aku dapat satu company yang memang cari student untuk part time kerja booth untuk fair. just like that. aku cuak nak percaya. sebab anything can happen. right? well, ignoring that, focusing here, the director of Avant Pet, was happy with us, 4 of vet students, as their sales go well. mungkin, jika ada rezeki, dipanggil lagi. insya Allah. :)

Kem Leadtra V

23rd to 30th June. this one. is damn enjoying too! Subhanallah..betapa penantnya mengurus masa. huhu. namun, aku harus kuat. sebab ini adalah tugas aku yang terakhir sebagai ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) walaupun ketika ini sudah bergelar mantan MTM. Alhamdulillah, usai kerja di Mid Valley, terus aku laksanakan tanggungjawab di kolej pula. jyeahh!! ^^  program ni jugalah membawa aku ke first experience being in the battlefiel of paintball! went to Bangi. syok yang amat!! first timer memang macam tu. huhu. walaupun lebam sana sini akibat ditembak..i'm hoping to do it again! :)

well,lepas bertungkus lumus di kolej, happiness is brought to Cherating!! pantai yang cantik? of course! muka sorang-sorang burn. haha. including me. dah la specky. like, seriously, burn yang ada shape. haha. sabar je la. walaupun pedih muka kerana terbakar, especially hidung.huhu.. dan. pengorbanan yang paling ideal (ideal ke??) ialah..mandi laut bersama fon! jyeahh!! huhu. sedih kerana jasanya tak terkata. namun, harusla ia berehat buat selamanya.

and now, getting ready to go to, Paya Jaras. practical time!! huhu. yes, every semester break, we'll be having this. yes. vet students of UPM. this is us. :) moga terisi dengan ilmu yang berguna. :)

itulah sahaja coretan kali ini. kegembiraan sepanjang bulan 6 memang tak terkata. kesibukan yang menyebabkan kita berfikir, punyakah lagi aku waktu untuk berehat? itulah waktu sempit.

lapang sebelum sempit. waktu lapang yang ada, haruslah diisi sewajarnya. bila dah sempit, janganlah menyesali kekurangan waktu yang ada. aku belajar. Alhamdulillah.

wallahua'alam.